Thursday 15 November 2012

Cinta pasang surut


Cinta pasang surut. Apakah maksud semua ini? Aku tak faham. Dalam cinta kenapa perlu ada pasang surut?  Bagi aku, bila kita sudah sayang dan cinta seseorang, manakan ada surutnya. Cinta pada keluarga, cinta pada Teman Istimewa, cinta pada sahabat dan cinta pada apa benda sekalipun, xperlu ada pasang surutnya. 

Tapi bila seseorang yang kita sayang mula menjauhi kita, dan dia mula berkata "Cinta pasang surut" Sungguh perasaan itu seperti leher di kelar duri yang paling berbisa. 

Kasih sayang itu adalah anugerah Allah, Cuma, sebagai hamba-Nya kita perlu mengawal tahap cinta yang dimiliki. Baik atau Buruk kesudahan cinta itu bermula dengan diri kita. Cinta yang paling di nanti, "Cinta Jannah" Cinta suami Isteri yang membawa ke Syurga.  Semua menginginkan benda yang sama. Sama seperti aku. 

notakecil: Aku harap aku akan bertemu dengan 'pemilik tulang rusukku' dan biar cinta kami dapat mencapai "cinta Jannah".

Monday 12 November 2012

Ruang kosong


Ruang kosong, apa yang kita tahu mengenai ruang kosong? Setiap orang akan berfikiran bila adanya ruang kosong bererti kita kalah.  Adakah jika kita meletakkan ruang kosong di antara kita bermakna kita kalah? Kadang-kadang kita mencari ruang kosong bila hati kita di penuhi kesakitan dan kita cuba untuk memberi ruang pada hati kita untuk bersendirian.

Aku seringkali menghabiskan waktu aku bersendirian di kerusi kosong di mana-mana tasik. Aku lebih selesa begitu.  Depakan tangan dan rasai bayu lembut yang menyapa, terasa nyaman seperti hanya kita yang berada di situ. Hati yang sakit mulai beransur pulih.

Untuk kali ini shj, sudah 2 kali aku menghabiskan petang aku d tasik, bersendirian.  Mungkin itu perkara terbaik untuk aku.

notakecil: Pernah terfikir tak yang kesunyian iti sangat indah, bila kita sunyi, cari lah ruang kosong untuk dirimu, kamu pasti akan bahagia.

Saturday 10 November 2012

Salasilah keturnan (bloodline)


Masa aku masih kanak-kanak, emak, makcik serta atuk dan nenek aku seringkali menceritakan salasilah keturunan aku.  Mereka seringakali memberitahu aku dan semua adik serta sepupu aku yang lain, bahawa darah  kami mengalir darah raja.  Waktu tu aku seronon mendengarnya. (budak-budak suka cerita mitos) seronok bila cerita puteri diceritakan kepada kami. Walhal, aku tidak percaya dan menganggap yang semua cerita yang mereka ceritakan hanyalah dongeng semata-mata.  Sekadar untuk menambah rencah dalam penceritaan. Dan bila dah meningkat dewesa ni pulak, tak pernah aku bertanyakan kesahihan cerita tersebut kepada sesiapa pun, walau pada emak.

Namun, semuanya berubah.  Minggu lepas, sesuatu yang tidak diingini telah berlaku.  Sulit untuk aku ceritakan. Dan saat itu juga baru aku tahu kesahihan cerita sebenar.  Moyang aku adalah raja yang telah meninggalkan kerajaannya untuk mengelak dari di bunuh komunis saat itu.  At first, aku fikir, moyang aku ni pengecut, lari dari kekalutan. Tapi, skrang aku realize, beliau kena melakukannya demi menjaga keturunan.  Mak selalu cakap, arwah moyang aku kacak orangnya. berdarah bugis. No wonder, atuk aku hensem. mak aku hidung ala-ala ikan todak. =p (cuma aku je yang tak berapa cantik, dah tercampur banyak darah. haha)

Moyang aku adalah, atuk kepada atuk aku. Dan atuk aku tu pulak, ayah kepada mak aku.  Untuk pengetahuan, aku hanya gadis biasa yang membesar di kampung, cuma cerita aku kali ini sekadar untuk berkongsi, dan mungkin, generasi aku nanti boleh tahu tentang salasilah keturunan mereka. Setiap orang pasti ada rahsia keluarga, sama macam aku, aku rasa xsemua perlu tahu. So, kat sini, tak ada sesiapa pun yang kenal aku, yang ada pun maybe beberapa kerat je (tu pun belum tentu baca blog aku) 

notakecil: Aku ingin sekali cari saudara moyang aku. Andai sahaja aku mapu search kat google. =p

Sebuah Kehidupan (Part I)



Irfan kelihatan murung, melayan kenangan lampau yang menyakitkan hatinya.  Irfan, anak sulong dari empat beradik itu kelihatan kusut dan serabut.  Banyak perkara yang berlegar di kotak fikirannya.  Antara tanggungjawab dan desakan hidup, yang mana harus di utamakan.  Jari-jemarinya mencapai ranting kering yang bertaburan di bawah pokok tempat dia melepaskan keluhan, lalu di patah-patahkannya.  Sesekali Irfan mengeluh dengan nasib yang menimpa dirinya.  Baginya, remaja yang seusianya tidak wajar menanggung beban yang berat seperti yang di tanggungnya.  Masih terngiang-ngiang suara ayah memarahinya.
“Irfan, apa nak jadi dengan kau ni? Ayah suruh kau pergi sekolah untuk belajar, bukan untuk jadi samseng.  Kau tak kasihankan ayah dengan mak ke? Kita orang susah Irfan, ilmu lah yang boleh ayah dengan mak bekalkan untuk kau bila kami tak ada nanti.”  Ayahnya, Pak Ramlee tidak pernah berhenti menasihati anak lelakinya itu dengan harapan Irfan akan berubah dan menjadi anak yang bertanggungjawab.  Namun, Irfan tidak pernah mengendahkan nasihat ayahnya itu.  Jauh lamunannya mengimbau kembali saat ayahnya masih bersama keluarganya.  Namun kini semuanya sudah berubah..
“Woi, Irfan.  Jauh nampak kau mengelamun.  Dah sampai ke bulan ke?”  sergah Amar, kawan baik Irfan sejak di bangku sekolah rendah lagi.  Mereka tetap bersama dalam banyak hal.
“Kau ni Amar, kalau kau datang bagi salam kan elok sikit.  Kau nak aku mati macam bapak aku ke?”  Marah Irfan sambil bangun dan menyapu pasir yang melekat di seluarnya.
“Kau ni sejak bila jadi ustaz hah?  Selalu aku sergah-sergah kau tak ada pulak kau marah kan.  Hari ni lain macam pulak aku tengok.  Seram sejuk dibuatnya.”  Amar sempat melawak walaupun wajah Irfan mencuka tanda protes.  Irfan tidak mahu cakap banyak, lantas meninggalkan Amar terpinga-pinga.  Amar yang kelihatan baru tersedar dari tidur lantas berlari membontoti Irfan.


Malam kelihatan kelam tanpa bintang yang menemani seperti kebiasaannya.  Hanya kelihatan bulan yang malu-malu menampakkan wajahnya.  Irfan termanggu di tangga sambil mendongak bintang.  Entah kenapa sejak kematian Pak Ramlee, Irfan lebih banyak termenung dan menghabiskan masa di rumah.  Di sekolah juga perangainya tidak seperti selalu.  Tiada lagi pelajar nakal yang selalu membuat onar dan memeningkan kepala guru. 
Mak Miah perasaan akan perubahan anak sulongnya itu namun tidak pula bertanya kerana sudah masak dengan perangai panas baran Irfan.  Mak Miah berlalu ke dapur meyiapkan makan malam untuk anak-anaknya.  Nasi yang hanya berlaukkan telur goreng, pucuk ubi dan kicap sudah cukup menyelerakan mereka anak beranak yang kurang serba-serbi apatah lagi sejak kematian suami sekaligus bapa kepada anak-anaknya.  Bagi Mak Miah, kematian Pak Ramlee bagaikan telah mencabut sebahagian nyawanya.  Begitu mendalam sekali kasih dan sayang Mak Miah terhadap arwah suaminya. 


Irfan hanya memerhatikan gelagat emak dan adik-adiknya yang berada di dapur dari jauh.  Sesekali pandangannya meliar memerhatikan keadaan rumahnya.  Begitu usang dan daif sekali.  apabila hujan, pasti ada air yang menitis dari bumbung yang bocor.  Hanya dia yang tidak tahan dengan keadaan tersebut, namun tidak pula bagi adik-adiknya yang seperti redha dan seakan faham dengan kedaifan dan kesusahan hidup mereka.
“Mak, cikgu Ilham minta yuran sekolah, tapi Ilham dah cakap kat cikgu nanti mak ada duit mak akan bayar yuran sekolah tu.”  Lamunan Irfan terhenti mendengarkan kata-kata adiknya Ilham yang belajar di tingkatan tiga.  Begitu tenang Ilham menyuarakan kata-kata supaya emaknya tidak terlalu memikirkan hal itu.  Lama Irfan memandang wajah ibunya yang kelihatan serba salah.  Barangkali memikirkan cara untuk mendapatkan duit bagi membayar yuran sekolah.  Bukan sahaja yuran sekolah Ilham sahaja yang belum di bayar, malah adik-adiknya Iman dan Intan juga belum berbayar.
“Ilham beritahu kat cikgu, bulan depan mak bayar yuran sekolah ye.”  Emak berjanji dengan Ilham walaupun dia belum pasti dapat tunaikan atau pun tidak.  “Cikgu tak ada tanya ke yuran sekolah Iman dengan Intan?”  emak mula menyoal adik-adiknya.  Iman yang belajar darjah enam dan Intan darjah tiga.  Masing-masing menggeleng.   Kelihatan emak menarik nafas lega.  Irfan yang hanya mendengar bait-bait perbualan mereka hanya mampu mengeluh.  Dia sendiri pun masih banyak hutang dengan pihak sekolah, lagi lah dia sekarang di tingkatan lima.  Tidak lama lagi Irfan bakal menduduki peperiksaan SPM.  Walaupun Irfan seorang budak yang nakal, namun dia merupakan pelajar pintar.


Pagi itu Irfan kesekolah seperti biasa, namun kali ini niatnya sudah berubah.  Dia ingin mengubah nasib keluarganya.  Dia ingin belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang boleh membanggakan ibunya.  Guru-guru di sekolah kaget dengan perubahan Irfan, namun tidak pula disoal kenapa.  Bagi mereka semua itu tidak penting, asalkan Irfan tidak lagi membuat onar disekolah seperti yang selalu dilakukannya.
“Irfan, malam ni lepak macam biasa nak tak?”  ajak Amar usai sesi pembelajaran.  Namun Irfan hanya menggelengkan kepala.  Amar pelik dengan kelakuan Irfan sejak belakangan ini.  Namun, Irfan tidak pula menjelaskan apa-apa, kerana baginya Amar yang di lahirkan dalam keluarga yang serba serbi mewah tidak akan pernah faham dengan penderitaan yang ditanggung keluarganya.  Irfan bangun dan berjalan menuju ke arah Amar dan menepuk bahunya lembut lantas berlalu pergi.
Amar tetap tidak berpuas hati dengan perubahan Irfan, dia cuba mengekori Irfan dan apa yang memeranjatkan Amar bila  melihat Irfan yang masih berseluar sekolah bekerja di bengkel tidak jauh dari rumahnya.  Amar hairan namun dibiarkannya sahaja.  Begitulah rutin Irfan setiap hari semenjak kematian ayahnya, Pak Ramlee.



Lewat malam barulah Irfan pulang kerumah ketika emak dan adik-adiknya sudah tidur.  Mak Miah tidak tahu kemana perginya anak sulongnya itu, namun dia tidak hairan kerana begitu lah kebiasaan Irfan ketika arwah suaminya masih lagi ada lagi.  Mak Miah membiarkan sahaja anaknya itu dengan menganganggap  anaknya sudah besar dan sudah tahu membezakan antara yang baik dan juga buruk.

Pagi itu semasa bersarapan, Iman bersuara terketar-ketar.  Baginya ingin diluah mati bapak, ingin ditelan mati emak.  Namun digenggamkan tangannya mengumpul keberanian.  Waluapun baru sahaja berusia dua belas tahun namun dia sudah memahami kesusahan yang ditanggung ibunya. 
“Mak,cikgu Man minta man bayar yuran sekolah, dia cakap hari ni hari terakhir kena bayar.  Dalam kelas Man, Man sorang je belum bayar mak.”  Lama Iman merenung wajah sugul ibunya.  Irfan yang mendengar perbualan tersebut melangkah kedapur dan menghadap Iman.
“Berapa yuran kau belum bayar.”  Irfan memang tak pernah berlembut dengan adik-adiknya.  Dia tidak mahu mereka besar kepala dan tidak menghormatinya.  Direnung tajam mata Iman.  Iman yang gerun lantas menundukkan mukanya.
“Seratus lima puluh abang.”  Jawab Iman lemah sambil menguis-nguis kakinya kelantai.  Irfan menyeluk saku dan mengeluarkan not lima puluh lima keping.  Tiga keping diberikan kepada Iman, dua keping lagi dihulurkan kepada ibunya.  Lantas Irfan beredar.  Seisi rumah terpinga-pinga dengan tindakan Irfan.  Mak Miah pula hanya mampu tersenyum.  Naluri ibu dapat merasakan anaknya sudah berubah.  Namun tidak pula bagi pandangan adik-adiknya.




Kebahagiaan yang di cari


Dah lama rasanya tak update entry kat blog ni. dah berzaman rasanya. Oh, btw, aku dah mula kerja, dekat KL nun jauh di sana.  Alhamdulillah, rezeki Allah, walau hanya sebagai temp staff, aku terima seadanya. Bak kata orang, kalau tidak d mulakan pada langkah yang sedikit, macam mana nak dapat yang banyak kan?
Actually, point aku nak cakap kat sini adalah tentang kebahagiaan.  

Alhamdulillah, setakat ini, kebahagiaan menemani kehidupan aku,  Setelah berjuta halangan yang aku lalui, maka ini lah ganjaran yang aku terima. Untuk setiap darah yang mengalir, setiap airmata yang menitis, hati yang remuk. Benar kata orang, tanpa halangan dan cabaran, kita tidak akan dapat menikmati manisnya kebahagiaan, kita tak akan  menghargai kebahagiaan tersebut. Dan aku, amat menghargai apa yang aku punya sekarang, walau kadang aku sering bertelagah dengan emosi sendiri, naum itu tidak mengapa, kerana kita harus yakin, di setiap perjalanan yang penuh onak dan duri, pasti akan ada taman yang menanti di hujung kegelapan.

Aku cuma ingin katakan yang aku telah temui kebahagiaan yang telah aku cari selama ini, dan untuk saat dan ketika ini, aku amat bahagia, perasaanku seolah aku berada di taman yang dipenuhi kewangian bungaan. Asyik dan menenangkan.  Moga kebahagiaan ini akan terus jadi milikku. 

Teringat kata seorang teman: 
" Cinta dan kasih sayang itu sesuatu yang membahagiakan, namun keinginan untuk mendapatkannya yang menyakitkan sekeping hati milik kita"
p/s: Berhati-hatilah dengan keinginan, salah percaturan, ia mungkin lebih bahaya dari sebilah pedang.


Thursday 20 September 2012

| aku dan mimpi |



     Ada sesetengah yang mengatakan mimpi itu mainan tidur. memang indah mimpi jika kita bermimpikan sesuatu yang kita suka atau harapkan, namun tak semua mimpi akan mengikut kehendak sang pemimpi.  pendek kata akan ada pelbagai reaksi dari sang pemimpi apabila tersedar dari hanyutan mimpi.  ada yang tersenyum, ada yang menggigil, dan ketinggalan ada yang tergelak besar.  bermacam-macam respon dari sang pemimpi jika kita membahaskan isu mimpi.  Namun, persoalannya adakah mimpi itu petunjuk atau sekadar selingan malam kita yang hanya singgah untuk seketika?

     Semalam yang panjang dan aku dikejutkan oleh mimpi yang panjang, mimpi yang tidak pernah aku alami sepanjang usia aku.  Apakah maksud mimpi tersebut? Dan pabila aku tersedar dari lenaku, aku bangkit dan termenung sejenak. Namun, aku tidak pernah rasa perasaan seperti itu.

     Dalam mimpiku aku berjubah, bertudung labuh dan berpurdah.  Sesungguhnya perubahan itu adalah dari kehendak hatiku sendiri, dalam mimpiku aku berkira-kira mahu menambah koleksi purdahku.  Aneh, namum itu lah hakikat mimpiku.  Cukup mendalam maksudnya, Jika akal waras berfikir, aku sudah tahu apa yang perlu aku lakukan.  Namun, kehendak dan naluri bercanggah dengan pemikiran.  

    Siapa tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik? Setiap orang impikan perkara yang sama.  Namun, aku doakan moga Allah tiupkan semangat dan kecekalan untuk menjadi yang lebih baik dari semalam. Doaku untuk kita semua. Semua umat Islam, moga kita tetap teguh bersatu walau ombak dan badai mencemburui. Wassalam. 

Wednesday 12 September 2012

| aku yang kecewa |


Pada malam yang kelam itu,
aku masih menanti,
andai masih ada bulan menerangi dinginnya hari,
bulan yang dulunya bersinar,
kini pudar di ratah kerakusan sendiri.

Aku berdiam menati,
andai masa bisa berputar kembali,
akan kuhadapi dengan keikhlasan hati,
agar tiada insan yang rugi.

Bagai burung kehilangan sayapnya,
bagai rerama yang hilang warnanya,
tiada apa yang perlu ditangisi,
sudah tertulis sejak azali,
bukan dia jodoh dicari.

Memoir ini untuk diri sendiri,
yang sering khilaf mencari ketulusan hati.
moga ada insan yang sudi,
menemani diri kala duka menanti.

| bulan pudar warna |


     Malam itu sangat indah jika ada bulan dan bintang yang sanggup menemani dan menghiburkan hati yang kian lara.  Cukup indah jika bulan memahami denyut jantung dan gerak hati ini.  Namun, bulan yang bersinar kini pudar warnanya, entah kemana hilangnya.  Tiada bulan yang mampu mengganti dirinya, seorang yang sanggup menjadi peneman hidup kala siang mula mencemburui..Oh bulan, pergila dikau jauh dariku mencari kebahagiaan yan diselimuti bintang-bintang bergemerlapan.  

     Biarkan aku disini mengukir angan-angan di langit kelam, mencari identiti sendiri.

Sunday 15 July 2012

Seindah mawar


 

 Sudah lama tidak bercerita, Jika dulu aku sering bercerita tentang mr.moon.  Sekarang mr.moon da tak boleh jadi abang aku lagi da.. Sebab dia da nak kawen hujung tahun ni.  Macam tu la khabar berita nya.. Untung sangat-sangat sapa yang dapat mr.moon kan? Semua ciri future husband yang kita carik memang ada kat mr.moon. ^^

     Aku memang suka bercerita tentang perkara yang unik ada pada diri seseorang.  Dan kali ni aku rasa nak bercerita tentang seorang kawan yang sangat kugemar memangginya dengan panggilan air mawarku. Chomell kan? n_n.  Nothing special pada dia, macam orang kebanyakan.  Tapi, pada pandangan mataku ada sesuatu yang unik yang tak dapat aku coretkan disini mengenai dirinya..  

     Aku seorang yang gemar mandi malam, sangat suka.  Bak kata orang rasa macam da jadi rutin harian la mandi malam ni. So, pabila si 'air wawarku' ni tahu dia tak marah tau. Dia still jugak msg nasihat slow2 kat aku. Tapi aku ni mana la makan saman kan? HA HA. Well aku buat bodoh jela, org kelantan cakap, 'wak lembu kenye'.  

     So, satu cara dia nasihatkan aku yang aku rasa unik gila. Perbualan aku dengan 'air mawarku':

Air mawarku: Awak nak berapa orang anak?

Aku             : Kenapa awak tanya camtu? (aku dah cuak)

Air mawarku: Awak jawab la. Ok la sy nk drive, apa yang saya tahu, sampai rumah da dapat msg awk.

Aku             : ......

Aku mula la berfikir kenapa dan kenapa dia tanya soalan macam tu, macam pelik. takkan dia nak kawen ngn aku kot.  Awal sangat la pulak rasa nya. HA HA, Aku ni kalau bab berimaginasi memang unik. So, aku pun send la mesej kat si 'air mawarku' tu.


Konon canggih la hanp phone aku ni kan? HA HA, So lebih kurang mcm tu la ayat yg aku kasik kat dia.. Nampak macam ala-ala ustazah sikit ayat aku tu kan? 


Harap maaf.  Kami mmg pakai hand phone sama. (konon) HA HA.
Well, ni la yg dia reply kat aku, yg aku boleh katakan agak suwit la jugak kan??

     Yang tu jelah kot intro untuk 'air mawarku'. Aku akan update cerita dia ni (mana yang aku rasa perlu jela kan).  Pada laki kat luar sana pun boleh la jugak kalau nak buat mcm ni.. Pompuan mesti ckp ko suwit gila.. Hee. ^^

    OK, Uolss TTFN (Tata for now)
Adios !!

Friday 13 July 2012

: my father my hero :


" A father is neither an anchor to hold us back,
nor a sail to take us there, 
but a guiding light whose love shows us the way. "

      Ayah, abah, papa, daddy, baba, abi, papi dan apa jua panggilan yang kita berikan kepada seorang lelaki yang bergelar bapa adalah hero yang tiada tolok bandingnya.  Bagi aku, bapaku kugelar abah masih muda dan tampan.  Abah, seorang lelaki yang tegas namun seorang yang penyayang.  Hari ini aku tersentuh, aku menangis kerana seorang bapa.  Memang, seorang bapa tidak mampu menunjukkan kasih sayangnya secara terang, namun dari segala tingkah lakunya dapat dilihat betapa beliau menyayangi anak-anaknya.  

      Abah, masih kuingat sewaktu kecilku, mungkin kita bukan dari keluarga yang kaya dan berada, namun segala yang kita ada sudah cukup untuk kebahagiaan.   Bukitnya dengan apa yang ada abah sudah dapat besarkan aku sehingga mencecah umur 23 tahun.  Masihku kuingat waktu aku masih lagi bersekolah rendah, kawan-kawan sibuk menyayangkan teddy bear besar, mickey mouse, entah segala lagi binatang, namun aku hanya mampu menelan air liur menahan kehendak dan naluri kanak-kanak yang ingin memiliki.

     Aku tahu, abah tidak mungkin akan membelikannya untuk ku.  Namun aku suarakan juga hasrat hatiku kepada abah. 

" Abah, along teringin nak ada teddy bear macam kawan-kawan along. " Abah hanya tersenyum.

       Usai makan malam aku lihat abah sibuk menjahit kain berwarna kuning, aku bertanya untuk apakah semua itu.  Namun abah hanya tersenyum.  Selesai sudah jahitan, abah memasukkan kekabu putih untuk diisi kedalam perut kain yang dijahit, aku masih lagi meneliti dalam situasi tertanya-tanya.  

" Nah, teddy bear untuk along dna adik-adik. " SUBHANALLAH, betapa tersangatlah gembira bukan kepalang hatiku dapat hadiah yang tidak terduga.  Tak sangka abah seorang yang kreatif. Ada ikan paus, ada kura-kura. macam-macam lagi. - Terima Kasih ABAH.

      Aku juga tidak dapat lupakan pengorbanan abah, yang akan menjaga dan sentiasa disampingku di saat aku demam.  Abah tidak akan tidur, menemaniku.  Aku seorang anak yang tersangat lemah, kalau demam sudah pasti seminggu ke dua minggu perkara biasa bagiku.  Bayangkan betapa abah begitu tabah menjagaku.  Betapa besar pengorbanan abah. Setiap kali aku berdoa kebahagian Abah, agar sentiasa sihat dan ceria dan aku juga seringkali berdoa supaya aku ditemukan jodoh dengan seorang lelaki seperti abah.

p/s: Abah, Kami sayang Abah.

Saturday 23 June 2012

I am STRESS !!

Hi, 


Hari ni, c.tie rasa stress gila. SEBAB? 
Sebabnya 26/6/2012 (Selasa) c.tie dah start present finding thesis. Damn stress la c.tie cakap. Bak kata orang la kan.
: Kalau tido, ingat keje - Bila keje ingat tido :


(refer gambar)


HHAHA.. Lebih kurang mcam tu lah. sangat-sangat stress sekarang ni. Jerawat tak payah cakap la. Sape-sape ada petua hilangkan jerawat tak? (menyempat lagi). Sebenarnya dari pagi tadi lagi, c.tie duk ngadap lappy kesayangan ni. Tapi.. haram tak tahu nak buat apa.. stress gila tau. 

Tengah-tengah taip entry ni, c.tie sempat jugak la google jap cari tips tangani stress. mana lah tahu c.tie leh amal n c.tie share la cket kat korang ni ye. Selamat membaca :

Tips tangani stress:
  • Uruskan masa dengan efektif
  • Elak mengambil dadah atau alkohol.
  • rehat seketika
  • Kurangkan gangguan
  • Makan makanan yang menyihatkan.
  • Lakukan meditasi
  • Berfikiran positif dan belajar kawal ketakutan.
  • Dapatkan nasihat.
  • Belajar katakan TIDAK.
  • Dapatkan tidur yang cukup.
  • Lakukan senaman.
  • Menarik nafas dalam-dalam.
Sori la dear, c.tie malas nak taip panjang-panjang. So, nk details please click on this: http://www.anuarmustaffa.com/12-tips-tangani-stress/

p/s: C.tie nak layan cartoon Network dulu. Salah satu cara hilangkan stress. =)

Sunday 27 May 2012

cuci blog jap

Hi, guys.

Lama sungguh kan cik tie meninggalkan blog ni. adoii. uhuk..uhik..uhuk.. ha, da batuk dah, berhabuk sangat. So, cik tie ingat nak cuci-cuci sket blog ni. tadi da tukar background baru, dari dark one kepada yg lebih colourful.  takkan selamanya nak sedih kan. let d past b past, grab d present n put in ur pocket, let d future b ur blanket. amboiiii. hahaha, melampau-lampau la plak celoteh cik tie ni kan? ha, cik tie letak header baru. lagi nampak girlish. ecece. da letak cbox baru, letak balik follower. da lama sangat musim berkabung cik tie, now time to wake up. let's clean up d lovely blog..


Sape-sape yang nk give a hand nk tolong cik tie kemas blog ni dialu-alukan. hehe, meh la kita. apa yang penting kerjasama kan? bak kata wonderpats. ^^


baii semua, nanti cik tie ada cherita besh, cik tie update kasik korang baca ea. lap uolss ^^ cik tie nak sambung mengemas nie. lalalala.. 

Friday 6 January 2012

pasangan gula-gula


       pasangan gula-gula, memang pelik bunyinya.  tapi itulah hakikat sebenar kehidupan, yang seringkali terjadi dalam hidup kita.  tak kira cinta monyet, cinta arnab atau cinta kura-kura.  cinta yang hadir pada saat yang kita tidak terlalu memerlukannya itulah yang dikatakan cinta gula-gula.  cinta akan datang dan pergi, datang tanpa dipinta dan datang tanpa dicari.   cinta memang tak boleh lari dari perasaan lara, lari dari perasaan kecewa, lari dari perasaan sedih.  kerana itulah yang akan membuatkan kita matang, belajar dari kekecewaan.  belajar dari sukarnya memperoleh kebahagiaan.  dugaan umpama ombak yang melanda, kadangkala ia mampu memusnahkan segala yang ada ditepian.  dan kadangkala, ianya hanya datang menyapa menguis kaki-kaki pengunjung pantai. amat menyenangkan.  

       kadangkala kita akan mengalirkan airmata tatkala hati diketuk kekecewaan, hati duketuk keraguaan.  mengapa kita menangis? menyesal dengan kebodohan sendiri? menyesal kerana terlalu menyayangi? menyesal kerana terlanjur jatuh cinta? walau apa jua alasan kita menangis, semoleknya, biralah kita menangis kerana kita mencari sedikit kekuatan untuk melakar senyuman, dan dengan tenang kita akan berkata 'aku telah dikecewakan, dan aku tidak kecewa, tapi aku rasa bertuah kerana Allah titipkan kekecewaan dalam diriku agar aku lebih mengenal erti sebuah kekecewaan.  dan aku akan belajar melangkah dengan semua itu.'  walau apa pun yang terjadi, semua itu adalah ujian dan dugaan yang Allah berikan pada kita.  untuk kita belajar bahawa tidak semua yang kita rancang akan terlaksana mengikut acuan kita.

       Seperti juga bila si gadis membaja bunga, dengan harapan bunga akan tumbuh mekar dalam jagaan.. tapi, adakah bunga itu akan tumbuh seperti yang kita harapkan? mungkin tidak, mungkin ada lagi perjalanan dan jalan lain yang Allah ingin  berikan kepada kita agar kita mendapat sekuntum bunga tapi melalui jalan-jalan dan onak yang berduri.

       Pasangan gula-gula.  setiap wanita dan lelaki yang ditinggalkan pasangan mereka, ingatlah dan letakkan dalam pemikiran kita bahawa pasangan kita umpama gula-gula, hanyalah pemanis dalam kehidupan.  hadir dalam hidup kita sebagai penambah rasa, sebagai pemanis kata, sebagai baldu yang menghampar melembutkan langkah kita.  andai baldu itu tiada, memang perit bila kaki kita terpkasa memijak jalan yang kasar, memijak rumput yang berduri.  namun tabahkan hati kita, teruskan jua melangkah walau akan ada cecair pekat merah yang mengalir dari tapak kaki kita, kerana mungkin dihadapan kita akan ada sinar mentari, akan ada pelangi berwarna warni, akan ada sekebun bunga yang berkembang mekar.  dan yang pasti akan ada seseorang yang menanti kita, untuk jadikan kita yang halal dlam hidupnya.  kita takkan dapat menggapainya, andai kita tidak melangkah, andai kita tidak memijak duri-duri tajam, dan meredah ombak yang berliku.


p/s: pegang lah pada kata-kata ini:
somewhere there's someone who dreams of your smile,
and finds your presence that life is worth while,
so, when you are lonely, remember it's true
somebody is thinking of you. ^^

credit to my best friend: (pijat muzushima) for quote 'pasangan bagaikan gula-gula'