Friday 6 January 2012

pasangan gula-gula


       pasangan gula-gula, memang pelik bunyinya.  tapi itulah hakikat sebenar kehidupan, yang seringkali terjadi dalam hidup kita.  tak kira cinta monyet, cinta arnab atau cinta kura-kura.  cinta yang hadir pada saat yang kita tidak terlalu memerlukannya itulah yang dikatakan cinta gula-gula.  cinta akan datang dan pergi, datang tanpa dipinta dan datang tanpa dicari.   cinta memang tak boleh lari dari perasaan lara, lari dari perasaan kecewa, lari dari perasaan sedih.  kerana itulah yang akan membuatkan kita matang, belajar dari kekecewaan.  belajar dari sukarnya memperoleh kebahagiaan.  dugaan umpama ombak yang melanda, kadangkala ia mampu memusnahkan segala yang ada ditepian.  dan kadangkala, ianya hanya datang menyapa menguis kaki-kaki pengunjung pantai. amat menyenangkan.  

       kadangkala kita akan mengalirkan airmata tatkala hati diketuk kekecewaan, hati duketuk keraguaan.  mengapa kita menangis? menyesal dengan kebodohan sendiri? menyesal kerana terlalu menyayangi? menyesal kerana terlanjur jatuh cinta? walau apa jua alasan kita menangis, semoleknya, biralah kita menangis kerana kita mencari sedikit kekuatan untuk melakar senyuman, dan dengan tenang kita akan berkata 'aku telah dikecewakan, dan aku tidak kecewa, tapi aku rasa bertuah kerana Allah titipkan kekecewaan dalam diriku agar aku lebih mengenal erti sebuah kekecewaan.  dan aku akan belajar melangkah dengan semua itu.'  walau apa pun yang terjadi, semua itu adalah ujian dan dugaan yang Allah berikan pada kita.  untuk kita belajar bahawa tidak semua yang kita rancang akan terlaksana mengikut acuan kita.

       Seperti juga bila si gadis membaja bunga, dengan harapan bunga akan tumbuh mekar dalam jagaan.. tapi, adakah bunga itu akan tumbuh seperti yang kita harapkan? mungkin tidak, mungkin ada lagi perjalanan dan jalan lain yang Allah ingin  berikan kepada kita agar kita mendapat sekuntum bunga tapi melalui jalan-jalan dan onak yang berduri.

       Pasangan gula-gula.  setiap wanita dan lelaki yang ditinggalkan pasangan mereka, ingatlah dan letakkan dalam pemikiran kita bahawa pasangan kita umpama gula-gula, hanyalah pemanis dalam kehidupan.  hadir dalam hidup kita sebagai penambah rasa, sebagai pemanis kata, sebagai baldu yang menghampar melembutkan langkah kita.  andai baldu itu tiada, memang perit bila kaki kita terpkasa memijak jalan yang kasar, memijak rumput yang berduri.  namun tabahkan hati kita, teruskan jua melangkah walau akan ada cecair pekat merah yang mengalir dari tapak kaki kita, kerana mungkin dihadapan kita akan ada sinar mentari, akan ada pelangi berwarna warni, akan ada sekebun bunga yang berkembang mekar.  dan yang pasti akan ada seseorang yang menanti kita, untuk jadikan kita yang halal dlam hidupnya.  kita takkan dapat menggapainya, andai kita tidak melangkah, andai kita tidak memijak duri-duri tajam, dan meredah ombak yang berliku.


p/s: pegang lah pada kata-kata ini:
somewhere there's someone who dreams of your smile,
and finds your presence that life is worth while,
so, when you are lonely, remember it's true
somebody is thinking of you. ^^

credit to my best friend: (pijat muzushima) for quote 'pasangan bagaikan gula-gula'

No comments:

Post a Comment