Friday 22 July 2011

Realiti kehidupan

Kehidupan ini memang sukar mencari keikhlasan.  Kadang kala orang yang riak wajahnya ikhlas belum tentu hatinya seikhlas luarannya.  Kenapa aku mengatakan sedemikian? Kerna ianya berlaku ke atas diriku.  Memang sukar untuk aku menerima kenyataan.  Perhubungan yang aku bina hampir setahun lamanya putus ditengah jalan.  Salah siapa? Salah aku, mungkin juga salah si dia.  Dalam situasi sekarang tiada guna untuk saling menyalahkan sesiapa.  Kerna yang pasti semua itu sudah tersurat.  Namun jika ditanya padaku apakah aku masih menyayanginya? Sayang itu masih ada, sebagai seorang yang pernah menemaniku dan kenangan yang terpahat utuh di minda tidak semudah itu untuk dilupakan.  Namun apakah ada ruang lagi dihatiku andai dia datang menagih kasih dan cintaku? Satu jawapanku, jika dia mengambil langkah segera dan aku dapat melihat kesungguhannya dalam memilikiku dan kesengsaraannya bila aku tiada disisinya, dikala itu hatiku masih lagi seperti dulu.  Seorang kekasih yang menyintainya masih lagi setia menunggu.  Namun kini semuanya sudah tiada.  Aku sudah kunci hatiku untuknya.  Untuk apa aku berikan hatiku jika akhirnya aku tahu dia tetap akan menyakiti hatiku.  Lebih baik aku biarkan dia memilih jalan hidup sendiri dan bahagia bersama gadis yang lebih baik dariku. 
            Dendam? Aku tak pernah berdendam.  Apa yang berlaku aku akan anggap seperti angin, aku dan dia umpama layang-layang.  Sejauh mana dan sekencang mana angin bertiup.  Namun, jika tali itu utuh dan kuat mungkin layang-layang takkan putus.  Namun, jika tali itu sehalus benang, maka ia akan putus bila-bila masa.  Sama seperti aku dan dia, jika dua hati miliknya dan juga diriku saling mempercayai dan saling menyintai, nescaya sekuat mana badai melanda kami akan tetap bersama.  Namun, jika rasa cinta itu setebal kulit bawang hubungan yang di bina akan goyah bila-bila masa.  Layang-layang bukan hanya bergantung pada talinya sahaja, si pemain juga memainkan peranan penting.  Begitu juga dengan rekabentuk layang-layang itu sendiri dalam memastikan kekuatan layang-layang.  Sama lah juga untuk dua insan bercinta.  Jika satu pihak sahaja yang memainkan peranan sebagai seorang kekasih yang setia dan sebelah pihak lagi tidak.  Hubungan yang dibina akan hancur bila-bila masa seperti mana membina rumah kayu ditepi pantai, sekali ombak melanda, rumah  musnah, kayu dilambung ombak.