Thursday 15 November 2012

Cinta pasang surut


Cinta pasang surut. Apakah maksud semua ini? Aku tak faham. Dalam cinta kenapa perlu ada pasang surut?  Bagi aku, bila kita sudah sayang dan cinta seseorang, manakan ada surutnya. Cinta pada keluarga, cinta pada Teman Istimewa, cinta pada sahabat dan cinta pada apa benda sekalipun, xperlu ada pasang surutnya. 

Tapi bila seseorang yang kita sayang mula menjauhi kita, dan dia mula berkata "Cinta pasang surut" Sungguh perasaan itu seperti leher di kelar duri yang paling berbisa. 

Kasih sayang itu adalah anugerah Allah, Cuma, sebagai hamba-Nya kita perlu mengawal tahap cinta yang dimiliki. Baik atau Buruk kesudahan cinta itu bermula dengan diri kita. Cinta yang paling di nanti, "Cinta Jannah" Cinta suami Isteri yang membawa ke Syurga.  Semua menginginkan benda yang sama. Sama seperti aku. 

notakecil: Aku harap aku akan bertemu dengan 'pemilik tulang rusukku' dan biar cinta kami dapat mencapai "cinta Jannah".

Monday 12 November 2012

Ruang kosong


Ruang kosong, apa yang kita tahu mengenai ruang kosong? Setiap orang akan berfikiran bila adanya ruang kosong bererti kita kalah.  Adakah jika kita meletakkan ruang kosong di antara kita bermakna kita kalah? Kadang-kadang kita mencari ruang kosong bila hati kita di penuhi kesakitan dan kita cuba untuk memberi ruang pada hati kita untuk bersendirian.

Aku seringkali menghabiskan waktu aku bersendirian di kerusi kosong di mana-mana tasik. Aku lebih selesa begitu.  Depakan tangan dan rasai bayu lembut yang menyapa, terasa nyaman seperti hanya kita yang berada di situ. Hati yang sakit mulai beransur pulih.

Untuk kali ini shj, sudah 2 kali aku menghabiskan petang aku d tasik, bersendirian.  Mungkin itu perkara terbaik untuk aku.

notakecil: Pernah terfikir tak yang kesunyian iti sangat indah, bila kita sunyi, cari lah ruang kosong untuk dirimu, kamu pasti akan bahagia.

Saturday 10 November 2012

Salasilah keturnan (bloodline)


Masa aku masih kanak-kanak, emak, makcik serta atuk dan nenek aku seringkali menceritakan salasilah keturunan aku.  Mereka seringakali memberitahu aku dan semua adik serta sepupu aku yang lain, bahawa darah  kami mengalir darah raja.  Waktu tu aku seronon mendengarnya. (budak-budak suka cerita mitos) seronok bila cerita puteri diceritakan kepada kami. Walhal, aku tidak percaya dan menganggap yang semua cerita yang mereka ceritakan hanyalah dongeng semata-mata.  Sekadar untuk menambah rencah dalam penceritaan. Dan bila dah meningkat dewesa ni pulak, tak pernah aku bertanyakan kesahihan cerita tersebut kepada sesiapa pun, walau pada emak.

Namun, semuanya berubah.  Minggu lepas, sesuatu yang tidak diingini telah berlaku.  Sulit untuk aku ceritakan. Dan saat itu juga baru aku tahu kesahihan cerita sebenar.  Moyang aku adalah raja yang telah meninggalkan kerajaannya untuk mengelak dari di bunuh komunis saat itu.  At first, aku fikir, moyang aku ni pengecut, lari dari kekalutan. Tapi, skrang aku realize, beliau kena melakukannya demi menjaga keturunan.  Mak selalu cakap, arwah moyang aku kacak orangnya. berdarah bugis. No wonder, atuk aku hensem. mak aku hidung ala-ala ikan todak. =p (cuma aku je yang tak berapa cantik, dah tercampur banyak darah. haha)

Moyang aku adalah, atuk kepada atuk aku. Dan atuk aku tu pulak, ayah kepada mak aku.  Untuk pengetahuan, aku hanya gadis biasa yang membesar di kampung, cuma cerita aku kali ini sekadar untuk berkongsi, dan mungkin, generasi aku nanti boleh tahu tentang salasilah keturunan mereka. Setiap orang pasti ada rahsia keluarga, sama macam aku, aku rasa xsemua perlu tahu. So, kat sini, tak ada sesiapa pun yang kenal aku, yang ada pun maybe beberapa kerat je (tu pun belum tentu baca blog aku) 

notakecil: Aku ingin sekali cari saudara moyang aku. Andai sahaja aku mapu search kat google. =p

Sebuah Kehidupan (Part I)



Irfan kelihatan murung, melayan kenangan lampau yang menyakitkan hatinya.  Irfan, anak sulong dari empat beradik itu kelihatan kusut dan serabut.  Banyak perkara yang berlegar di kotak fikirannya.  Antara tanggungjawab dan desakan hidup, yang mana harus di utamakan.  Jari-jemarinya mencapai ranting kering yang bertaburan di bawah pokok tempat dia melepaskan keluhan, lalu di patah-patahkannya.  Sesekali Irfan mengeluh dengan nasib yang menimpa dirinya.  Baginya, remaja yang seusianya tidak wajar menanggung beban yang berat seperti yang di tanggungnya.  Masih terngiang-ngiang suara ayah memarahinya.
“Irfan, apa nak jadi dengan kau ni? Ayah suruh kau pergi sekolah untuk belajar, bukan untuk jadi samseng.  Kau tak kasihankan ayah dengan mak ke? Kita orang susah Irfan, ilmu lah yang boleh ayah dengan mak bekalkan untuk kau bila kami tak ada nanti.”  Ayahnya, Pak Ramlee tidak pernah berhenti menasihati anak lelakinya itu dengan harapan Irfan akan berubah dan menjadi anak yang bertanggungjawab.  Namun, Irfan tidak pernah mengendahkan nasihat ayahnya itu.  Jauh lamunannya mengimbau kembali saat ayahnya masih bersama keluarganya.  Namun kini semuanya sudah berubah..
“Woi, Irfan.  Jauh nampak kau mengelamun.  Dah sampai ke bulan ke?”  sergah Amar, kawan baik Irfan sejak di bangku sekolah rendah lagi.  Mereka tetap bersama dalam banyak hal.
“Kau ni Amar, kalau kau datang bagi salam kan elok sikit.  Kau nak aku mati macam bapak aku ke?”  Marah Irfan sambil bangun dan menyapu pasir yang melekat di seluarnya.
“Kau ni sejak bila jadi ustaz hah?  Selalu aku sergah-sergah kau tak ada pulak kau marah kan.  Hari ni lain macam pulak aku tengok.  Seram sejuk dibuatnya.”  Amar sempat melawak walaupun wajah Irfan mencuka tanda protes.  Irfan tidak mahu cakap banyak, lantas meninggalkan Amar terpinga-pinga.  Amar yang kelihatan baru tersedar dari tidur lantas berlari membontoti Irfan.


Malam kelihatan kelam tanpa bintang yang menemani seperti kebiasaannya.  Hanya kelihatan bulan yang malu-malu menampakkan wajahnya.  Irfan termanggu di tangga sambil mendongak bintang.  Entah kenapa sejak kematian Pak Ramlee, Irfan lebih banyak termenung dan menghabiskan masa di rumah.  Di sekolah juga perangainya tidak seperti selalu.  Tiada lagi pelajar nakal yang selalu membuat onar dan memeningkan kepala guru. 
Mak Miah perasaan akan perubahan anak sulongnya itu namun tidak pula bertanya kerana sudah masak dengan perangai panas baran Irfan.  Mak Miah berlalu ke dapur meyiapkan makan malam untuk anak-anaknya.  Nasi yang hanya berlaukkan telur goreng, pucuk ubi dan kicap sudah cukup menyelerakan mereka anak beranak yang kurang serba-serbi apatah lagi sejak kematian suami sekaligus bapa kepada anak-anaknya.  Bagi Mak Miah, kematian Pak Ramlee bagaikan telah mencabut sebahagian nyawanya.  Begitu mendalam sekali kasih dan sayang Mak Miah terhadap arwah suaminya. 


Irfan hanya memerhatikan gelagat emak dan adik-adiknya yang berada di dapur dari jauh.  Sesekali pandangannya meliar memerhatikan keadaan rumahnya.  Begitu usang dan daif sekali.  apabila hujan, pasti ada air yang menitis dari bumbung yang bocor.  Hanya dia yang tidak tahan dengan keadaan tersebut, namun tidak pula bagi adik-adiknya yang seperti redha dan seakan faham dengan kedaifan dan kesusahan hidup mereka.
“Mak, cikgu Ilham minta yuran sekolah, tapi Ilham dah cakap kat cikgu nanti mak ada duit mak akan bayar yuran sekolah tu.”  Lamunan Irfan terhenti mendengarkan kata-kata adiknya Ilham yang belajar di tingkatan tiga.  Begitu tenang Ilham menyuarakan kata-kata supaya emaknya tidak terlalu memikirkan hal itu.  Lama Irfan memandang wajah ibunya yang kelihatan serba salah.  Barangkali memikirkan cara untuk mendapatkan duit bagi membayar yuran sekolah.  Bukan sahaja yuran sekolah Ilham sahaja yang belum di bayar, malah adik-adiknya Iman dan Intan juga belum berbayar.
“Ilham beritahu kat cikgu, bulan depan mak bayar yuran sekolah ye.”  Emak berjanji dengan Ilham walaupun dia belum pasti dapat tunaikan atau pun tidak.  “Cikgu tak ada tanya ke yuran sekolah Iman dengan Intan?”  emak mula menyoal adik-adiknya.  Iman yang belajar darjah enam dan Intan darjah tiga.  Masing-masing menggeleng.   Kelihatan emak menarik nafas lega.  Irfan yang hanya mendengar bait-bait perbualan mereka hanya mampu mengeluh.  Dia sendiri pun masih banyak hutang dengan pihak sekolah, lagi lah dia sekarang di tingkatan lima.  Tidak lama lagi Irfan bakal menduduki peperiksaan SPM.  Walaupun Irfan seorang budak yang nakal, namun dia merupakan pelajar pintar.


Pagi itu Irfan kesekolah seperti biasa, namun kali ini niatnya sudah berubah.  Dia ingin mengubah nasib keluarganya.  Dia ingin belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang boleh membanggakan ibunya.  Guru-guru di sekolah kaget dengan perubahan Irfan, namun tidak pula disoal kenapa.  Bagi mereka semua itu tidak penting, asalkan Irfan tidak lagi membuat onar disekolah seperti yang selalu dilakukannya.
“Irfan, malam ni lepak macam biasa nak tak?”  ajak Amar usai sesi pembelajaran.  Namun Irfan hanya menggelengkan kepala.  Amar pelik dengan kelakuan Irfan sejak belakangan ini.  Namun, Irfan tidak pula menjelaskan apa-apa, kerana baginya Amar yang di lahirkan dalam keluarga yang serba serbi mewah tidak akan pernah faham dengan penderitaan yang ditanggung keluarganya.  Irfan bangun dan berjalan menuju ke arah Amar dan menepuk bahunya lembut lantas berlalu pergi.
Amar tetap tidak berpuas hati dengan perubahan Irfan, dia cuba mengekori Irfan dan apa yang memeranjatkan Amar bila  melihat Irfan yang masih berseluar sekolah bekerja di bengkel tidak jauh dari rumahnya.  Amar hairan namun dibiarkannya sahaja.  Begitulah rutin Irfan setiap hari semenjak kematian ayahnya, Pak Ramlee.



Lewat malam barulah Irfan pulang kerumah ketika emak dan adik-adiknya sudah tidur.  Mak Miah tidak tahu kemana perginya anak sulongnya itu, namun dia tidak hairan kerana begitu lah kebiasaan Irfan ketika arwah suaminya masih lagi ada lagi.  Mak Miah membiarkan sahaja anaknya itu dengan menganganggap  anaknya sudah besar dan sudah tahu membezakan antara yang baik dan juga buruk.

Pagi itu semasa bersarapan, Iman bersuara terketar-ketar.  Baginya ingin diluah mati bapak, ingin ditelan mati emak.  Namun digenggamkan tangannya mengumpul keberanian.  Waluapun baru sahaja berusia dua belas tahun namun dia sudah memahami kesusahan yang ditanggung ibunya. 
“Mak,cikgu Man minta man bayar yuran sekolah, dia cakap hari ni hari terakhir kena bayar.  Dalam kelas Man, Man sorang je belum bayar mak.”  Lama Iman merenung wajah sugul ibunya.  Irfan yang mendengar perbualan tersebut melangkah kedapur dan menghadap Iman.
“Berapa yuran kau belum bayar.”  Irfan memang tak pernah berlembut dengan adik-adiknya.  Dia tidak mahu mereka besar kepala dan tidak menghormatinya.  Direnung tajam mata Iman.  Iman yang gerun lantas menundukkan mukanya.
“Seratus lima puluh abang.”  Jawab Iman lemah sambil menguis-nguis kakinya kelantai.  Irfan menyeluk saku dan mengeluarkan not lima puluh lima keping.  Tiga keping diberikan kepada Iman, dua keping lagi dihulurkan kepada ibunya.  Lantas Irfan beredar.  Seisi rumah terpinga-pinga dengan tindakan Irfan.  Mak Miah pula hanya mampu tersenyum.  Naluri ibu dapat merasakan anaknya sudah berubah.  Namun tidak pula bagi pandangan adik-adiknya.




Kebahagiaan yang di cari


Dah lama rasanya tak update entry kat blog ni. dah berzaman rasanya. Oh, btw, aku dah mula kerja, dekat KL nun jauh di sana.  Alhamdulillah, rezeki Allah, walau hanya sebagai temp staff, aku terima seadanya. Bak kata orang, kalau tidak d mulakan pada langkah yang sedikit, macam mana nak dapat yang banyak kan?
Actually, point aku nak cakap kat sini adalah tentang kebahagiaan.  

Alhamdulillah, setakat ini, kebahagiaan menemani kehidupan aku,  Setelah berjuta halangan yang aku lalui, maka ini lah ganjaran yang aku terima. Untuk setiap darah yang mengalir, setiap airmata yang menitis, hati yang remuk. Benar kata orang, tanpa halangan dan cabaran, kita tidak akan dapat menikmati manisnya kebahagiaan, kita tak akan  menghargai kebahagiaan tersebut. Dan aku, amat menghargai apa yang aku punya sekarang, walau kadang aku sering bertelagah dengan emosi sendiri, naum itu tidak mengapa, kerana kita harus yakin, di setiap perjalanan yang penuh onak dan duri, pasti akan ada taman yang menanti di hujung kegelapan.

Aku cuma ingin katakan yang aku telah temui kebahagiaan yang telah aku cari selama ini, dan untuk saat dan ketika ini, aku amat bahagia, perasaanku seolah aku berada di taman yang dipenuhi kewangian bungaan. Asyik dan menenangkan.  Moga kebahagiaan ini akan terus jadi milikku. 

Teringat kata seorang teman: 
" Cinta dan kasih sayang itu sesuatu yang membahagiakan, namun keinginan untuk mendapatkannya yang menyakitkan sekeping hati milik kita"
p/s: Berhati-hatilah dengan keinginan, salah percaturan, ia mungkin lebih bahaya dari sebilah pedang.