Sunday, 3 June 2012

menanti cahaya


Menanti cahaya, mungkin hanya itu yang mampu aku ungkapkan selepas aku melihat keresahan dan kesulitan yang dihadapi sendiri dengan mata dan kepalaku.  Ya, ianya sungguh menyakitkan, hati insan mana yang tidak akan tergores pabila melihat insan yang tersayang menjadi mangsa dek panahan mata yang membenci.  


Tarikh 2/6/2012 adalah tarikh keramat bagiku, menanti kepulangan saudara-maraku yang jauh diperantauan.  bersila dibawah satu bumbung mencari konklusi kepada kisah yang kian memuncak.  dari saat ke saat, dari minit ke minit aku menunggu, namun bayang mereka tetap tidak kelihatan.  Bibirku asyik bertanyakan soalan yang sama kepada ibu ku.

"Bila mereka nak balik."


Bukan kerana aku tidak sabat ingin melihat wajah mereka, namun masaku agak terhad, satu ungkapan yang mampu aku ungkapkan mengenai masa.  Pabila berhadapan dengan masa, ianya bagaikan berlari di atas deretan kaca dan duri-duri.  Aku harus berlari agar tidak disakiti.  Namun aku tetap menanti.

Di satu sudut aku melihat wajah tua atuk dan nenek. melihat mereka yang bergerak bagaikan mesin tiada henti walau badan tua mereka sudah tidak mampu menjana kuasa.  Di satu sudut yang lain pula, syaitan yang bertopengkan manusia menyeringai merasakan rancangannya sudah hampir berjaya.  Hatiku membuak-buak perasaan marah dan benci, benci pada insan yang telah menjadi sebahagian daripada keluargaku namun pada masa yang sama merencanakan sesuatu untuk menjatuhkan kami.  Sungguh rumit untuk aku ceritakan.  

Aku kepenatan, aku terlelap di satu sudut dengan bertemankan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.  Dalam lenaku aku terjaga dek petah perkataan yang telah lama aku tunggu.

"Mereka dah balik.  Pak cik, Makcik dan Mokteh dah balik, Suria pun ada"

Aku bangkit dengan kadar segera menuju ke bilik air membasuh keresahan dengan perasaan lega. Penantianku berakhir.  Namun, tidak lama.  Aku lihat jam di dinding sudah menunjuk ke angka 5.  Kerana yang pasti pada jam 9 malam aku perlu kembali ke KL.  Banyak lagi tanggungjawab yang terpaksa aku laksanakan, walau hatiku berat sekali.  Aku melangkah dengan kelesuan.  Dari hujung mataku aku melihat sepasang kaki tua tidak ku tahu milik siapa sedang berwudhuk.  Cukup menyentuh hati, dapat kurasakan betapa berat beban yang ditanggung beliau pabila melihat sepasang kaki kurus miliknya.  Aku teruskan melangkah. Dan disitu dunia seakan terhenti, dan aku menangis dalam diam. Astghfirullah, NENEK.  Begitu seksa hidupmu, dari seorang yang berisi.  Aku melangkah tanpa melihat wajahnya.  Aku tidak mampu.

**

Kami sekeluarga berkumpul di rumah usang milik sedaraku yang lain. Saling berpandangan menati sebuah jawapan yang tidak pasti, apa yang harus dilakukan, bila dan dimana. Ibuku menangis, sedara ku mengesat mata. sepupu ditemani adik-adikku hanya menjadi pendengar setia.  Apa sangat yang mampu aku lakukan, Hanya gadis yang berusia 23 tahun, masih belajar.  Hanya mampu berdoa yang terbaik.

**

Tik tok.. tik tok.. Jam bergerak pantas, jarum pendek sudah menujukkan ke angaka 7.  Maksudnya aku perlu cepat bersiap, dengan bersiap ala kadar, menyarungkan baju yang tidak bergosok (kali pertama dalam hidupku nak naek bas pakai selekeh)  Pakai seluar dan tudung semalam.  Fikiranku sudah tidak mampu mencernakan perihak remeh seperti itu, yang aku tahu, nyawa atuk dan nenekku berada di ambang kejahatan gadis yang kecil molek tapi berhati binatang. Cerita Khurafat arahan Shamsul Yusof juga tidak mampu menyaingi keseraman yang ditonton secara LIVE oleh sepupu dan adik-adik ku. Hanya aku yang boleh melihatnya.  

Aku berjalan secepat mungkin ke arah rumah usang milik atuk dan nenekku. Dan rumah usang itu juga lah yang diigini syaitan dilaknat Allah itu (mungkin ayatku agak kasar, tapi jika kalian berada dalam kasut dan berdiri menggunakan mata dan hatiku, entah apa yang kalian akan rasa.  


Aku menyalami tangan tua milik nenekku.  Satu perasaan aneh menyelinap masuk jiwa dan sanubariku apabila satu soalan terpacul dari bibir nenekku dengan mata yang melorot jatuh kehatiku.

"Berapa lama along akan pergi kali ni."

Kenapa harus bertanya soalan tu. Kemungkinan apakah lagi yang akan berlaku, aku tersenyum dan berkata.

"Along pegi kejap je nek. Tak lama." Dari kejauhan aku dapat melihat wajah wanita tak guna itu. Andai sahaja aku mampu, akan ku hentak kepalanya dengan kerusi, biar dia mati terus dari menyusahkan kami sekeluarga.  


Aku melangkah pergi meninggalkan seribu tanda tanya apa yang akan berlaku pada malam ini. Semua akan berkumpul dan berbincang dnegan atuk dan nenekku. Dan apakah penerimaan mereka berdua dan paksu. Bagaimana reaksi si jahat itu? Aku pun tidak tahu.  Aku terpaksa meninggalkan mereka bukan kerana aku melarikan diri, namun kesibukan hidup di kota menuntut aku melakukan sedemikian.


notakaki: Aku hanya mampu bersabar dan menanti agar ada sinar kebahagian yang muncul disebalik ketebalan kabus permasalahan.