Sunday 21 August 2011

mimpi semalam

      Tak dapat aku lupakan peristiwa semalam.. aku bermimpi indah (indah ke), ntah la. bagi aku mungkin mimpi itu indah, kerna buat pertama kalinya aku bermimpikan 'mr.moon' aku.  sudah lama aku tidak berhubung dengan 'mr.moon'.  hatiku benar-benar merinduinya.  mana tidaknya, bulan itu hadir tatkala malamku kelam.  banyak nasihat dan kata-kata sokongan yang tidak lekang dr ulas bibirnya itu.  tatkala insan yang kusayang jauh meninggalkan aku, 'mr.moon' hulurkan tangan memberi kekuatan.  
      kini hidupku lebih bahagia.  lagi pula, aku bersama 'mia' kesayanganku.  aku beruntung kerna ada dua lelaki yang menyayangiku.  mia, cinta hatiku. mr.moon, nyawaku.  tanpa mr.moon aku mungkin tidak dapat meneruskan hariku dengan sempurna.  kata orang kiat perlukan seseorng untuk luahkan segala yang terbuku dihati dan mr.moon itu adalah orangnya.
       Kini, masing2 sibuk dan masing2 ada tanggungjawab masing2.  aku dengan dunia mia. dan mr.moon mungkin bersama little starnya.  aku cuma ingin sedikit ruang dihati mr.moon agar menyayangiku seperti saudaranya sendiri.  dan apa yang penting, aku doakan mr.moon aku agar bahagia disamping insan tersayang.   biarla kami sama2 mengecapi kebahagiaan di atas penderitaan semalam.. amin

p/s tuk mr.moon:
i miss u cikme..

Friday 22 July 2011

Realiti kehidupan

Kehidupan ini memang sukar mencari keikhlasan.  Kadang kala orang yang riak wajahnya ikhlas belum tentu hatinya seikhlas luarannya.  Kenapa aku mengatakan sedemikian? Kerna ianya berlaku ke atas diriku.  Memang sukar untuk aku menerima kenyataan.  Perhubungan yang aku bina hampir setahun lamanya putus ditengah jalan.  Salah siapa? Salah aku, mungkin juga salah si dia.  Dalam situasi sekarang tiada guna untuk saling menyalahkan sesiapa.  Kerna yang pasti semua itu sudah tersurat.  Namun jika ditanya padaku apakah aku masih menyayanginya? Sayang itu masih ada, sebagai seorang yang pernah menemaniku dan kenangan yang terpahat utuh di minda tidak semudah itu untuk dilupakan.  Namun apakah ada ruang lagi dihatiku andai dia datang menagih kasih dan cintaku? Satu jawapanku, jika dia mengambil langkah segera dan aku dapat melihat kesungguhannya dalam memilikiku dan kesengsaraannya bila aku tiada disisinya, dikala itu hatiku masih lagi seperti dulu.  Seorang kekasih yang menyintainya masih lagi setia menunggu.  Namun kini semuanya sudah tiada.  Aku sudah kunci hatiku untuknya.  Untuk apa aku berikan hatiku jika akhirnya aku tahu dia tetap akan menyakiti hatiku.  Lebih baik aku biarkan dia memilih jalan hidup sendiri dan bahagia bersama gadis yang lebih baik dariku. 
            Dendam? Aku tak pernah berdendam.  Apa yang berlaku aku akan anggap seperti angin, aku dan dia umpama layang-layang.  Sejauh mana dan sekencang mana angin bertiup.  Namun, jika tali itu utuh dan kuat mungkin layang-layang takkan putus.  Namun, jika tali itu sehalus benang, maka ia akan putus bila-bila masa.  Sama seperti aku dan dia, jika dua hati miliknya dan juga diriku saling mempercayai dan saling menyintai, nescaya sekuat mana badai melanda kami akan tetap bersama.  Namun, jika rasa cinta itu setebal kulit bawang hubungan yang di bina akan goyah bila-bila masa.  Layang-layang bukan hanya bergantung pada talinya sahaja, si pemain juga memainkan peranan penting.  Begitu juga dengan rekabentuk layang-layang itu sendiri dalam memastikan kekuatan layang-layang.  Sama lah juga untuk dua insan bercinta.  Jika satu pihak sahaja yang memainkan peranan sebagai seorang kekasih yang setia dan sebelah pihak lagi tidak.  Hubungan yang dibina akan hancur bila-bila masa seperti mana membina rumah kayu ditepi pantai, sekali ombak melanda, rumah  musnah, kayu dilambung ombak. 

Thursday 16 June 2011

Realiti sebuah cinta


        kita manusia yang takkan pernah lari dari perasaan ingin mencintai dan ingin dicintai.. perasaan cinta itu begitu halus yang bisa meresap keseluruh jiwa dan hati kita.. tak salah jika kita ingin menyintai dan dicintai kerana berkasih sayang itu adalah lumrah.  dan bila kita gagal dalam bercinta, ingatlah kita masih ada keluarga, kawan-kawan dan yang penting, kita masih ada  yang menyayangi dan mengasihi kita lebih dari kita menyayangi diri sendiri, Allah s.w.t.. walaupun kita gagal dalam bercinta, kita sepatutunya rasa bersyukur, kerana Allah tiupkan perasaan kita dengan perasaan ingin berkasih sayang, jangan pula kita mengambil langkah nekad dengan melakukan perkara yang dilarang akibat putus cinta.. 

         Ingatlah, cinta itu kita boleh ibaratkan sebagai seekor rama2 yang berterbangan ditaman yang indah. kita terlalu inginkan rama2 yang cantik dan indah itu.  namun, makin kita kejar, makin jauh ia akan lari meninggalkan kita, tapi bila kita mula tidak menghiraukannya, ia akan datang pada kita dan akan singgah dibahu kita.  kawan2, tidak menghiraukan bukan bereti kita mengalah dalam mengejar cinta, tapi kita cuma memberi ruang untuk diri kita mengenali dan menyintai diri kita dahulu, sebelum kita menyintai orang lain..  

         Apa yang berlaku mungkin ada hikmah tersembunyi yang kita tidak pasti apa yang akan berlaku.. teringat kembali kisah seorag wanita dengan pokok kaktus.  setiap malam wanita itu menangis ingin dihadiahkan pokok bunga yang cantik dan seekor rama2, siang malam dia berdoa.. suatu malam, ada seorang hamba Allah yang meninggalkan pokok kaktus bersama beluncas didahan di hadapan rumahnya, betapa hampanya perasaan wanita itu.. (lain yang diharapkan, lain yang dapat) dia bersedih dan murung, tanpa mengetahui akan hikmah yang tersembunyi.  suatu hari, kaktus itu telah mengeluarkan bunga yang cukup cantik dan beluncas juga telah menjadi seekor rama2 yang cukup indah ciptaannya.. kadang2 awk lambatkan memberi apa yang kita inginkan kerana hanya Allah yang tahu bila saat yang sesuai kita diberikan anugerah sebegitu, begitu juga halnya dengan cinta.

          jadi, jika anda gagal dalam bercinta, atau anda keliru membuat pilihan cinta anda, ingatlah satu perkara, cinta tak bermakna kita memliki, biarkan cinta itu bebas berterbangan ibarat burung yang bebas terbang di langit.. -wallua'lam

pesanan tuk my 'mr.moon':
ingatllah mr.moon apa yang berlaku akan ada hikmah..
kita hanya perlu yakin dengan janji Allah..
yakinlah sebagaimana aku juga yakin dengan perjalanan yang Allah tentukan untukku.
jika sphere bukan dijodohkan untukkmu, 
sejauh mana dikau mengejar, takkan jua dapat dikau gapai, andai dia ditakdirkan untukmu,
sejauh mana engkau lari, ia akan hadir di saat dikau hulurkan tanganmu..

Friday 10 June 2011

can always smile =)

      sudah begitu lama bibir ini berat untuk mengukirkan senyuman.  bagiku senyumanku dah mati apabila semua perlkara yang tidak diingini terus-terusan menimpa diri ini, masalah yang menimpaku ibarat dedaun yang gugur pada musim luruh.  gugur dan terus gugur menimpa bumi tanpa menghiraukan permukaan bumi sudah tertutup dengan hadirnya dedaun kering itu.

      namun kini musim luruh sudah digantikan dengan musim bunga yang cantik dan indah.. alangkah indahnya lagi kebahagiaan yang dirasakan apabila dikongsi bersama rakan2 tersayang.. aku bersyukur pada Allah s.w.t kerana memberikan aku sahabat yang sudi bersamaku susah dan senang.. Alhamdulillah..

      ketenangan ini makin dirasai apabila en.H sudah boleh menerima hubungan kami sebagai kawan, jika sebelum ini dia tidak sanggup menungguku, kini dia telah berjanji padaku untuk terus menunggu aku sementara kami kejar cita2 kami terlebih dahulu, Insyaallah, andai jodoh kami sudah ditentukan bersama, walau kemana pun kami pergi, kami akan ttp bersama.. doa2kan lah kami.. hidupku kini makin berbunga2, makin tenang, makin bahagia.. lagi en.H sudi berada disampingku walau sebagai kawan.. sy syg kamu en.H.  

     kini senyumanku terukir kembali, senyum dan terus tersenyum.. Alhamdulillah, Allah telah merancangkan yang terbaik untuk hambanya. =)


Wednesday 8 June 2011

entry untuk 'mr. moon'

     entry ni c.tie tujukan khas kat 'mr.moon'.  1st of all, i nk ucap thanks sangat2 kat awak sbb dah banyak sangat tolong saya, (yela, c.tie ni kan manusia yang diseliputi masalah) =p. walaupun perkenalan kita sekejap cuma, awak da jadi kawan saya yang paling baek dan juga mungkin abang saya yang paling cool fewer jugak =p (almaklumlah, c.tie xder abang).  saya tahu sepanjang perkenalan kita ni awak selalu sakit kepala dengan saya kan? yela, ada masalah sikit nangis, ada masalah sikit nangis, nangis dan nangis, tu je yang saya tahu kan? awak nak lepaking ngan awek pon xsempat sebab ada kawan merangkap adik yang cengeng camni kan? =p.. di sebabkan itu la, saya nak mintak maaf kalau saya ada menyusahkan awak sepanjang tempoh perkenalan kita k.

     saya ingat lagi dua hari yang lepas, awak demam.  saya lak ada masalah yang tak dapat ditahan dan dibendung.  awak tetap call saya even kepala awak berdenyut2.. then awak cakap awak tak boleh tengok saya sedih.. (terharunya c.tie).. i'm apprcte that.. mesti after awak letak phone awak dah jadi cam kat bawah ni kan??




haha, tol tak? betol kan? tak payah nak malu2 yea my 'mr.moon'


    untuk pengetahuan awak 'mr.moon'. semalam saya dah fikir masak2 dan dah muhasabah diri dan membasuh serta mencuci kepala otak saya ni.. after saya rujuk segala kengan masa silam, saya tatap potret sedih saya, saya kira2 berapa ratus top up saya habis call my sis nk mengadu punya pasal, then berapa banyak duet saya habis sbb beli coklat nk hlang stress, sy dah buat keputusan yang saya xmo jadi cengeng lagi, xmo nangis2 dah, saya nak jadi sorang gadis yang ceria, tak nak habiskan usia muda saya dengan sia2 camni. life just begin..  I CAN DO IT..!!






      itu sahaja lah kot entry untuk 'mr.moon'.. masuk ni dah entry yag kedua c.tie wat tuk 'mr.moon' kan? hehe, 'mr. moon' jangan nangis tau baca entry ni.. isau lak dia terharu, yela, nak2 lagu yang c.tie baru add kat blog ni sadis gila.. =p


tapi kan, kalau saya ternangis jugak, mintak sori yea..
hahaha,, papai 'mr.moon'

Tuesday 7 June 2011

janji hanya tinggal janji



malam ini kurasa malamku kelam tanpa bintang dan bulan yang menerangiku.  hatiku menangis, namun mataku sudah tidak mampu mengeluarkan airmata.  empangan airmtakun sudah lama kekeringan, hatiku juga sudah lama terluka, namun luka itu sedah bertambah dalam dan mungkin terlalu sukar untuk diubati lagi.. Ya Allah, begitu besar dugaan yang engkau berikan kepadaku..  kali ini bukan sahaja airmata kesedihan dan kekecewaan yang mengalir.  airmata kehampaan dan juga kesakitan turut sama bertandang di hatiku yang makin rapuh ini.

      jika dulu dia pernah berjanji kepadaku ingin menunggu dan akan setia menungguku sampai bila, dia takkan berputus asa menunggu aku membuka kembali ruang dihatiku untuknya.  namun sudah lupakah dia semua janji2 itu.  kenapa malam ini dia ingin meninggalkanku? tak sanggupkah dia menungguku? tidak setiakah dia dengan kata2nya.. aku yang bagaikan orang bodoh yakin yang dia akan menungguku. namun kenapa semua ini harus berlaku.  dengan ujian yang hanya sebesar kuman dia sudah tidak sanggup bertahan.  namun, dia fahamkah perasaan aku ini yang sering kesakitan dan kesedihan.  dia lupakah yang dia yang memulakan segala permasalahan yang membawa kepada perkelahian dan berakhir dengan perpisahan? sudahkah dia lupa.  

     sudahkah dia lupa betapa aku sudah berkorban demi kebahagiaan kami? yea aku tidak nafikan yang dia juga banyak berkorban demi kebahagiaan kami, snaggup bersabar dengan sikapku yang cemburu buta, yang degil, keras hati, keras kepala, panas baran.  pendek kata dia telah banyak bersabar mempunyai teman wanita yang banyak kelemahan berbanding dengan kebaikan,  namun, bukankah sudah aku pesan diawal perkenalan kami yang aku memang banyak kelemahan dan tidak mungkin mampu membahagiakannya.  namun, kenapa dia sanggup menerima dan melakukan ini semua padaku.?  sudahkah dia berubah hati? aku cuma ingin melihat sejauh mana dia sanggup menunggu aku dengan sabar dan penuh setia, namun.. harapan hanya tinggal harapan dan janji hanya tinggal janji..

    

Friday 27 May 2011

suratan atau kebetulan

hidup ini banyak kebetulan dan kejutan..
bermacam kejutan yang kita takkan sangka..

kehidupan kita seperti kita baling dadu,
kita takkan tahu apa yang kita akan dapat,
x @ o.
xmustahil kita akan dapat semua x @ semua 0..
kerana itu sudah tersurat..
dan mungkin juga kebetulan..
kebelakangan ni banyak kejutan yang c,tie terima..

1. kawan c.tie 2 rupanya berkapel dengan sepupu c.tie..
c.tie bleh plak xcam sepupu sendiri.. yela, da besar kan.. (^_^)

2. org yang c.tie tengah kawan sekarang ni adalah org yg c.tie cari selama ni..
yang sering jadi tanda tanya kat kepala ni..
semua nya sudah terjawab.. hati c.tie?
Allah sahaja yang tau, adakah semua ini kebetulan atau pun suratan..
dan mungkin juga segala kebetulan ini,
merupakan suratan kehidupan c.tie yang sudah tertulis sejak azali..
hanya masa yang mampu menjawab segala persoalan..
dan hanya pada Allah kita mampu berdoa..
kerna, sekeping hatiku ini milik- Mu