Friday 10 June 2011

can always smile =)

      sudah begitu lama bibir ini berat untuk mengukirkan senyuman.  bagiku senyumanku dah mati apabila semua perlkara yang tidak diingini terus-terusan menimpa diri ini, masalah yang menimpaku ibarat dedaun yang gugur pada musim luruh.  gugur dan terus gugur menimpa bumi tanpa menghiraukan permukaan bumi sudah tertutup dengan hadirnya dedaun kering itu.

      namun kini musim luruh sudah digantikan dengan musim bunga yang cantik dan indah.. alangkah indahnya lagi kebahagiaan yang dirasakan apabila dikongsi bersama rakan2 tersayang.. aku bersyukur pada Allah s.w.t kerana memberikan aku sahabat yang sudi bersamaku susah dan senang.. Alhamdulillah..

      ketenangan ini makin dirasai apabila en.H sudah boleh menerima hubungan kami sebagai kawan, jika sebelum ini dia tidak sanggup menungguku, kini dia telah berjanji padaku untuk terus menunggu aku sementara kami kejar cita2 kami terlebih dahulu, Insyaallah, andai jodoh kami sudah ditentukan bersama, walau kemana pun kami pergi, kami akan ttp bersama.. doa2kan lah kami.. hidupku kini makin berbunga2, makin tenang, makin bahagia.. lagi en.H sudi berada disampingku walau sebagai kawan.. sy syg kamu en.H.  

     kini senyumanku terukir kembali, senyum dan terus tersenyum.. Alhamdulillah, Allah telah merancangkan yang terbaik untuk hambanya. =)


No comments:

Post a Comment